Monday, February 8, 2010

MY LOVELY NEPHEW'S "FAIZ" B'DAY

acik mali adalah panggilan manja bagi diriku dari anak-anak buah kesayangan ku ini.. Faiz adalah anak pertama adik lelaki ku dan Jumaat lepas adalah harijadi nya yang ke-4. tiada sambutan besar-besaran, tiada hadiah harijadi..huhu teruk acik mali kan.. ok nanti acik belikan hadiah .. kami sempat menyambut secara sederhana di rumah mak.

Faiz,

Selamat ulangtahun ke-4 sayang..acik mali doakan semoga Faiz akan membesar sebagai hamba Allah yang beriman, sebagai anak yang soleh dan berakhlak mulia serta berjaya. Amin.




agak lama tak jumpa lebih kurang 2 minggu.. mlm tu aku tengok susuk badan faiz susut.. tanya kat mak kenapa kurus sangat.. rupanya faiz ada alahan susu/makanan yang akan menyebabkan dia muntah setiap kali makan.. tu yg badan jadi kurus teruk..anak buah ku memang mengalami penyakit usus pada usianya beberapa setahun dan telah mendapat rawatan sehingga sembuh..

tak sangka 2 minggu lepas penyakit seolah berulang tapi alhamdulillah setelah berjumpa doktor dan telan ubat tahan muntah, agak kurang dan bertambah baik cuma badan susut dan ambil masa untuk tambah berat balik.. tu lah kalo anak-anak kecil sakit..memang sedih..



little boy kalo jumpa rakan seangkatan/sewaktu/seusia memang ligat sakan main..kejap main kejap bergaduh..






anak buahku yang kedua "Adam".. demam selesema pulak.. dalam lemah-lemah tapi ligat lompant la..menari la.. seronok tengok gelagat adam..



loveeee you all...muaaaaaaaaaaahhhhhhh...

No comments: