sempena maulidur rasul bulan keputeraan Nabi Muhammad Jumaat lepas, kami sekeluarga telah membuat majlis kenduri kecil-kecilan untuk membaca doa selamat & arwah dirumah -- waktu petang lepas asar. Syukur kehadrat Ilahi kerana kami masih dapat menyambut bersama keluarga dan jiran terdekat. Nak jemput ramai2 al-maklum la rumah sempit dan tak da kepakaran memasak secara pukal ..so ala kadar aje la..
terimakasih kepada mak mertua, ipar duai, saudara mara & jiran-jiran yang hadir ke majlis bacaan yasin, tahlil & doa selamat..
semoga apa yang dihajatkan akan dimakbulkan dan semoga roh2 arwah dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan di kalangan ahli syurga. ... semoga roh arwah sentiasa damai di sana.. Amin.


No comments:
Post a Comment