

Menjauhkan diri daripada mengumpat.
Bagaimanakah caranya kita nak menjauhkan diri kita daripada perbuatan mengumpat jika sekiranya kita telah mengetahui betapa besarnya dosa dan balasan orang yang mengumpat.
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
- Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
- Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
- Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
- Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
- Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
- Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
- Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.








